'Harap Jangan La Sapa-Sapa Rembat Laki Kami' - Ini Pesanan Pedas Dari Che Ta, Sentap Ke Idok?
Rozita Che Wan atau Che Ta antara selebriti yang sering mendapat perhatian netizen terutama jika Che Ta pergi bercuti ke luar negara. Ramai peminat serta netizen sentiasa kagum dengan sifat Che Ta yang agak selamba bila memuat naik status di laman IGnya.
Terbaru, Che Ta memuat naik sekeping foto muka depan sebuah akhbar tempatan. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen yang ditulis oleh Che Ta. Memang pedas berapi baq ang! Ini yang apa ditulis oleh Che Ta.
Dalam status tersebut Che Ta dengan nada bergurau berharap tiada siapa yang menganggu suaminya iaitu Zain Saidin.
Walaupun tidak dituju kepada sesiapa namun netizen seperti memahami apa yang dimaksudkan oleh Che Ta itu. Mungkin hanya satu kebetulan kes seorang pelakon dan penyanyi lelaki dari Singapura yang menjadi viral ketika ini.
Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang Che Ta perkatakan. Malah netizen juga sempat memperli seorang pelakon wanita yang baru saja meningkat naik yang terpalit dengan kontroversi ketka ini.
Tak kisahlah siapa yang dimaksudkan, Che Ta memang suka membuat peminat dan netizen terhibur dengan sikap yang selamba itu.
Tak kisahlah siapa yang dimaksudkan, Che Ta memang suka membuat peminat dan netizen terhibur dengan sikap yang selamba itu.
Post a Comment