Header Ads

Tak Sampai 24 Jam , Aliff Aziz Kini Dibebaskan Dengan Jaminan Polis





Tidak sampai 24 jam selepas insiden Aliff mencederakan isterinya Bella Astillah 23 , Penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz yang ditahan dipercayai mengasari isterinya semalam dijangka dibebaskan hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin

Aliff  ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka
sumber IG bella astilla 

Kejadian  dilaporkan  di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras

Selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita yang didakwa Afifah Nasir , Bella ditemani ibunya untuk ke lokasi yang dimaksudkan . 

Selepas insiden itu , Bella dikatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff, 26, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti dan kemudian Aliff merampas telefon tersebut.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

Artis itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

sumber : UTUSAN ONLINE

www.kakishare.my

Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.