Ustaz Lepaskan Marah , Tendang Dada Budak Sampai Lebam Hanya Kerana Baring Ketika Baca Al-Quran
Sejak seminggu dua ini banyak kes dilaporkan melibatkan penderaan guru ke atas murid di sekolah .
Yang kerap kita dengar kebelakangan ini penderaan melibatkan alasan yang tidak munasabah dan bersifat mencederakan pelajar berkenaan .
Terbaru , kes ini berlaku pada 21 jun 2017 yang lalu ketika Majlis Khatam Al-Quran di salah sebuah sekolah di Melaka .
Kes ini berlaku dan disaksikan banyak mata termasuk guru-guru yang hadir juga murid-murid ketika majlis khatam al-quran sedang berjalan . Difahamkan pelajar tersebut adik Zamarul Asyraf berbaring ketika sesi pembacaan al-quran dijalankan dan ketika itu pelajar berkenaan juga sedang berpuasa .
Mengikut keterangan dari bapa pelajar ,
ustaz tersebut tanpa menegur terus meluru datang ke arah anak saya dan membangunkanya seterusnya menendang dadanya dengan begitu kuat sehingga anak saya tercampak ke belakang dan menghempap rakan-rakanya yang lain.
Akibat dari tendangan itu , pelajar berkenaan terbaring kesakitan dan menangis. Tidak mampu bangun kerana terlalu sakit dan ustaz tersebut terus berlalu begitu sahaja meninggalkan pelajar dalam keadaan sakit. Di dadanya terdapat kesan lebam akibat tapak kasut ustaz tersebut.
Bapa kepada pelajar berkenaan kemudiannya membuat laporan polis namun persoalan beliau mengapa guru/ustaz berkenaan menggunakan kekerasan ?
Zamarul Asyraf |
laporan polis |
Segala bukti telah cukup , saksi kejadian dan anaknya juga telah diambil keterangan . Ustaz tersebut juga mengakui kesalahannya cuma mengapakah pihak sekolah dan PPD masih melindungi ustaz berkenaan ?
Menurut bapa Zamarul , pada perjumpaan pertama (22/06/2017) bersama ibu bapa, guru-guru, pihak polis dan juga pegawai PPD ,
Ustaz tersebut memberitahu alasannya menendang anak saya kerana dia tidak dapat mengawal kemarahan dan beliau menjadikan anak saya sebagai mangsa kerana anak saya berada paling hampir dengan beliau.
Adakah patut ini dijadikan sebagai alasan?
Perjumpaan kedua (19/07/2017) pula beliau mengakui menendang anak saya kerana tidak sengaja atau tertendang.
Saya tidak sama sekali menerima alasan ustaz tersebut kerana "tidak masuk akal". Beliau sebagai seorang ustaz boleh bertindak begitu keras terhadap anak saya.
Jika benar pon alasan ustaz tersebut itu menandakan beliau mempunyai gangguan mental dan tidak sesuai mengajar anak-anak murid. Terlalu merbahaya.
Apa yang pihak sekolah dan pihak PPD harapkan adalah supaya saya bersikap tolak ansur dan menarik semula laporan polis saya terhadap ustaz tersebut supaya beliau dapat terus mengajar di sekolah ini.
Walaubagaimanapun ,tindakan keras wajib diambil sewajarnya . Bapa pelajar berkenaan mahu ustaz tersebut di pindahkan dari sekolah ini walau apa pon alasan pihak sekolah dan juga PPD .
Beliau juga berkeras tidak akan menarik balik laporan polis berkenaan . Walau telah membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka , masih tiada tindakan susulan yang dibuat oleh mereka .
Tambahnya lagi , Saya berharap agar kes anak saya ini sampai ke pengetahuan Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya agar ustaz tersebut di pindahkan ke sekolah lain
www.kakishare.my
Post a Comment