Header Ads

Dua Pelajar Vokasional Hampir Lunyai Dibelasah 20 Pelajar Senior




Lagi kes buli melibatkan pelajar. Mungkin tak ambil iktibar dari kes arwah Zulfarhan. Kes terbaru ini telah membabitkan dua pelajar kolej vokasional di Kuala Nerus apabila telah dibelasah oleh 20 orang senior kerana dituduh mengingkari arahan.

Keuda-dua mangsa yang mengambil jurusan elektronik itu mengalami lebam dan kecederaan di bahagian belakang badan. Menurut laporan dari Astro Awani, mereka dipukul, ditumbuk serta dipijak selama hampir sejam.

Salah seorang mangsa, Wan Ahmad Faris Wan Zakaria,16, menyatakan kejadian berlaku  antara jam 11.30 malam Isnin dan berlarutan hingga awal pagi Selasa. Menurutnya, dia dan rakannya sedang tidur si asrama sebelum didatangi kumpulan senior terbabit.

“Dia pukul sebab pelajar lain tuduh kami degil dan sombong dan perkara itu diperbesarkan dan kami juga tidak solat walapun sudah dikejutkan dari tidur," katanya.

Mereka turut diugut sekiranya kejadian itu diadukan kepada pihak pengurusan. Ibu mangsa Sofea Abd Ghani, 43, mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

"Penyelia asrama menunjukkan badan anak saya akibat dipukul pelajar yang lain, saya memang terkejut dengan keadaan anak lemah dan tidak bermaya.

"Pihak sekolah meminta ibu bapa berbincang namun saya tetap ingin melaporkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.