"Tolong Hormati Saya Walaupun Saya Janda" - DSV Mengamuk Kerana Netizen Asyik Kutuk Benda Negatif
Kenapa pulak DSV marah-marah ni? Menerusi satu video yang dimuat naik di lama IGnya baru-baru ini, jutawan Datuk Seri Vida meluah perasaannya kerana terpalit dengan kontroversi negatif.
"Ingat saya gelak-gelak gembira sokmo, tak ada maruah ke? Kenapa saya marah? Sayang tahu kan..Kalau nak ikutkan kuat memanglah saya kuat.. Boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni.. Tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti saya," tulisnya.
DSV juga turut menegaskan tindakannya mencari calon suami bukanlah kerana mahu meraih populariti.
"Ingat saya gatal sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la.. Kalau ada jodoh pun, saya nak yang sanggup hidup dengan saya.. Bukan setahun dua je, tapi yang boleh didik anak dan aturkan bisnes saya.. Bukan senang."
Berikut luahan hati penuh oleh DSV. Semoga DSV dapat bersabar kerana tidak semua orang boleh faham diri kita. Mungkin ini semuanya satu dugaan dalam hidup.
Post a Comment