Bab Kahwin Sahaja Ikut Sunnah Nabi..Bab Lain Tiada Pula!
Saya sendiri sebagai lelaki terasa tercabar apabila isteri saya sering kali mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya sudah melewati 40 tahun. Life starts at 40.
"Kalau awak rasa awak nak pasang lagi satu, saya izinkan," kata isteri.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ini memanglah seronok. Tersengih-sengih sajalah saya at that time. Dunia ini sudah terbalik gamaknya. Kawan-kawan saya siap pergi Siam sana nak bernikah lagi satu, isteri saya siap suruh pasang seorang lagi?!
Tak tahulah kalau dia saja bermain reverse psikologi dengan saya. Tetapi selepas berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah.
Sebab apa? Bila mengenangkan umur saya sudah 40 tahun. let's say kalau saya kahwin dengan anak dara yang berusia 22 tahun, memang seronoklah beb.
Tentang makan minum, pakai, kemas rumah dan kegemaran saya, rasanya saya tentu asyik teringatkan isteri pertama. Tak perlu nak ajar, saya suka makan apa, macam mana cara memasaknya, baju saya kena gosok seperti ini, kalau saya bangun tidur dan isteri telah siapkan segala-galanya. Tak perlu saya beritahu, dia dah tahu apa yang saya suka. Cerita apa yang saya suka di TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, suka kegemaran, semua dia sudah tahu.
Tidak perlu bermula balik seperti zaman umur 20-an dulu. Rasa-rasanya dapat ke isteri muda disuruh buat begitu? Tentu dia banyak ragam. Iyalah muda, saya kan dah tua. Mesti dia kata saya ini mengada-ngada. Sudah tentu saya kena memanjakan dia lebih sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari pula kan. Isteri muda ini bukan seperti isteri yang kita telah lama bersama sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20'an zaman sekarang dengan handbag Gucci, dengan tudung kain Mawi dan handphone berjenama. Itu tidak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau saya tak bagi barang-barang seperti itu, dia tak nak pula bagi 'barang' dia pula di waktu malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motosikal cabuk pun sanggup. Berpanas, berhujan, dukung anak kita dicelah motosikal. Ah, terkenang juga zaman 'miskin' dulu. Rumah dengan isteri tua dulu pun setakat apartment tiga bilik sahaja. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecil, perkakasan pun tak banyak.
Oh, untuk isteri mudah, terpaksa saya buat kerja lebih masa untuk membayar rumah teres dua tingkat itu. Nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40 inci lagi. Dah umur 40'an ni, darah tinggi pula, lagi kena buat kerja lebih masa setiap hari. Hari minggu pun kena cari duit, nak tengok bola pun tak dapat.
Lebih mengharukan lagi, tentu anak-anak saya akan memberontak sakan. Yelah, sekarang ini banyak kes bapa kahwin lain, anak-anak lebih tertekan. Ramai yang menjadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia sebab tension bapa kahwin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari saya, malah akan membenci pula.
Masyarakat kita ini memandang serong pada keluarga yang bapa mereka kahwin lebih dari satu. Kalau saya ada anak dengan isteri baru, tentu kecil sangat di masa saya sudah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Di rumah isteri mudah tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada pengalaman dengan isteri pertama, bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak sudah besar, boleh tolong ibu dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.
Duduk di rumah isteri mudah, saya yang tua-tua ini pula kena salin pampers dan bagi baby mandi. Haha. Kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pula. Dah tak dapat.
Tak boleh jadi ni, banyak benda yang kena repeat. Mula-mula berkahwin tentu seronok. Paling lama setahun dua keseronokan itu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu. Tetapi masa ini kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pergi shopping mall beli baju anak-anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena temankan isteri muda buat semua itu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Ei tak sanggup! Paling takut, orang ingat isteri muda itu anak saya. Lagi haru!
Balik rumah mertua pula, teringat pula pada masa akad nikah dulu. Beria-ria kita mahukan anak dia. Selepas itu kita kahwin lagi satu. Tentu muka ini tak tahu nak letak di mana. Orang tua takkan nak straight to the point bila bertanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang itu, cukup dengan jelingan dan kerlingan mata yang buat kita tak senang duduk.
Takkan raya asyik balik rumah mak mertua baru saja? Apatah lagi kalau saya ini pula umur hampir sama dengan ibu bapa mertua baru saya itu? Hishh! banyak lagilah.
Bagi korang yang suka berbincang tentang perkara-perkara yang indah kahwin duai ni, silakan. Tetapi bagi saya, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah saya tak nak tambah. Tak naklah mendabik dada bercakap besar. Tetapi sekadar menurut nafsu dan benda dalam seluar itu, rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap saya.
Keluarga ini, kita bina keluarga bahagian yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala dan juga bukannya yang di dalam 'seluar dalam' saja.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala diap ernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa-apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita tak terlepas kalau isteri tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kadang-kadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali sekala. Baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa namanya itu?
Tak payahlah yang lain-lain. Kang ada yang menangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarankan pendapat di ruangan ini. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita ini. Macam nabi konon. Ye ke? Bab kahwin saja ni seperti nabi, bab menegakkan benda dalam seluar dalam saja nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial-kial. Fikir-fikirkanlah ya. Wallahua'lam
Post a Comment