Header Ads

Jadilah Suami Terbaik Buat Isterimu





Masa sebelum majlis memang sedikit stress, dengan pelbagai perancangan majlis yang perlu difikirkan. Mana nak jaga hati pasangan, hati ibu bapa sendiri, keluarga mertua, bajet lagi. Mungkin ramai pasangan yang bergaduh dalam tempoh ini. Lepas habis majlis, mesti lega rasanya kan?

Tapi setelah akad mengesahkan hubungan anda berdua sebagai suami isteri, jangan ambil ringan perasaan pasangan kita semata-mata sebab sudah sah. Isteri anda mesti tambah bahagia bila nampak suaminya masuh bersungguh-sungguh nak ambil hatinya, lebih-lebih lagi lepas kahwin. Kalau dapat, perasaan cinta yang dirasakan lepas nikah mesti lebih berbunga-bunga.
Macam mana nak jadi suami yang disayangi isteri, agar rumahtangga yang baru dibina kekal ke akhit hayat?


1.Komunikasi
Isteri biasanya lebih tertarik kepada seorang suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif.

2.Prihatin
Isteri akan mengagumi suami yang sentiasa bersikap prihatin. Sikap prihatin suami pasti akan membuatkan si isteri berasa dihargai dan disayangi. Walaupun pada perkara yang dianggap remeh dan kecil, namun bagi si isteri ia begitu bermakna.

3.Memahami
Seorang suami yang sentiasa memahami tidak akan mudah merungut mahu pun marah untuk mengubah kebiasaan buruk isterinya. Sebaliknya dia akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dengan baik segala kekurangan si isteri dan mencuba melihat dari sudut positif.

4.Tegas
Isteri memerlukan seorang suami yang bersikap tegas dan bijak dalam mengambil keputusan. Misalnya, ketika bingung untuk membuat pilihan, si isteri memerlukan suami untuk membantunya membuat keputusan. Suami yang tidak pandai membuat keputusan biasanya kurang dihargai isteri.

5.Simpati
Suami yang mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi juga kepada keluarga si isteri, teman-teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan yang ditunjukkan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah semulajadi.

6.Romantis
Suami yang romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri. Apatah lagi jika si suami tidak lokek memberikan hadiah terutama di hari-hari penting seperti ulang tahun kelahiran dan sebagainya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.