Header Ads

‘Kanak-Kanak Syria Adalah Wira Sebenar’ – Ronaldo






BINTANG bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil memberikan sokongan moral terhadap mangsa korban perang saudara di Syria, khususnya di Aleppo.

Ronaldo yang baharu saja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia 2016 dilaporkan akan memberi sumbangan untuk membeli makanan, pakaian dan ubat-ubatan untuk keluarga yang tinggal di Aleppo serta mangsa lain.
Helloini adalah untuk anak-anak di Syria“, kata Ronaldo dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun sosial medianya semalam.
Kami tahu kamu semua telah menderita selama ini. Saya mungkin pemain yang terkenal, tapi kamu adalah hero sebenar.
“Jangan hilang harapan. Dunia bersama kamu, kami ambil berat terhadap kamu, saya bersama kamu,” tambahnya.
Susulan video berkenaan, pengarah badan kebajikan Save the Children, Nick Finney dalam satu kenyataan mengucapkan berterima kasih atas sumbangan pemain terbaik dunia itu.
Sumbangan Ronaldo akan bantu kami untuk membantu kanak-kanak dari Aleppo dan di Syria yang mengalami penderitaan yang tidak sepatutnya ditempuh oleh kanak-kanak.
Ronaldo bukan sahaja ikon sukan berpengaruh, tetapi menjadi harapan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia – dan harapan adalah apa yang kanak-kanak di Syria perlu sekarang” katanya.
Berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 15,000 kanak-kanak dan lebih 300,000 orang telah terbunuh dalam konflik yang melanda Syria sepanjang tempoh lima tahun lalu.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.