'Cinta Sampai Lima Tahun, Lepas Kahwin Tak Sampai 6 Bulan Dah Bercerai'
Saya bercinta dengan suami selama 5 tahun kemudian dia buat keputusan untuk berumahtangga. Suami lagi muda dr saya dan ini perkahwinan kedua saya. 6 bulan pertama perkahwinan alhamdulillah kami bahagia. Selepas 6 bulan suami mula berubah. Dah mula dingin asik marah. saya cuma rasa tapi xnk fikir buruk jadi saya ignore je.
"Suami Curang Dengan Kawan Sendiri"
Tapi Allah Maha Adil dan Berkuasa. Suami kantoi curang dan perempuan itu kawan kami juga. Allahu..betapa saya x sangka. Mula2 mmg naik hantu. saya jumpa perempuan tu dan suami mintak selesaikan. Suami mintak maaf dan janji nak perbetulkan semuanya. Sebulan je berubah..saya dapat tau mereka masih lagi berhubung.
Saya jumpa lagi kali ni dan masih bg peluang cuma bezanya kali kedua ni saya izinkan mereka nikah jika itu yang mereka mahu. Tapi perempuan tu xnk bermadu jadi suami kena pilih salah sorang. Suami pilih untuk teruskn perkahwinan kami. Selang 2 bulan kantoi lagi mereka masih lagi berhubung dan kali ni saya betul2 cuba memahami keadaan mereka.
"Kumpul Bukti"
Apa yang mereka mahu dan bagaimana nak selesaikan masalah ni sebab suami xnk bercerai tapi mereka juga x boleh berpisah. Konon in love sgt. dalam masa yang sama..saya siasat semua kegiatan mereka. saya dapat kumpul semua bukti chat,gambar bogel perempuan tu hantar ke suami,hasutan perempuan tu untuk ceraikan saya.
Bila tunjuk semua ni suami jadi berang..dalam keadaan marah dia ceraikan saya. dalam hari yang sama dia pujuk semula dan kami rujuk semula. Baik sekejap..lps tu kantoi lagi dan lagi dan lagi. Kata akhir selepas kami berbincang, suami putuskan untuk tinggal berasingan atas alasan nak muhasabah diri.
"Suami Mengaku Tak Sedia Berkahwin"
Puas dipujuk dirayu tapi suami ttapi dengan keputusannya. saya terpaksa akur. Dh tinggal asing lain pula jadinya. Mungkin selesa dengan kebebasan,suami lupa diri. Kami makin jauh. Dan yang paling menyakitkan suami confess rasa x ready nk tempuh mariage life. Waklu! Alasan ni mmg saya x boleh terima. Worst part bila senang tinggal saya, elok aje dengan perempuan tu berhuhu tapi bila susah saya juga lah yang dicari.
Mula2 mmg saya layan sebab kesian..saya harap dia berubah..tapi lama2 rasa naik lemak pulak sampai lah skrg! Ehh..menyirap pulak darah bila ingat. Skrg saya nekad, see u in court!
Doakan saya kuat nak tempuh barua 2 ekor tu ye. Susah rasanya nak move on. saya ralat bercinta bukan main lama. Elok je xde masalah. Kawin 6 bulan ini yang saya dapat.
Post a Comment