"Masa Keluar Dating, Tak Tahu Lah Dengan Orang Ke Atau Beruang" - Bekas Kekasih Minta Putus Sebab Awek Gemuk
Amboi-amboi. Sedap saja 'mamat' ni nak putuskan perhubungan kerana pasangannya sudah menjadi gemuk. Ingat kawan tu tak ada perasaan agaknya.
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook beberapa gambar memaparkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, dapat kita lihat bahawa masih ada segelintir pihak yang mudah berubah hati hanya kerana tubuh fizikal pasangan tidak secantik dahulu.
Bukan sahaja memutuskan perhubungan, malah lelaki berkenaan dengan selamba memberitahu wanita itu bahawa dia akan berkahwin tak lama lagi.
"Saya kenal seorang budak perempuan ni. Kami akan berkahwin pada hujung tahun ini," katanya.
Bertambah sedih apabila mendapat tahu dia bukan orang pertama mengetahui berita itu.Lagi hancur hatinya apabila diherdik dan dihina bentuk fizikalnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang marah, ada juga yang menganggap ia sebagi gurauan.
"Kalau aku kenal lelaki ni, memang aku terajang sampai pengsan. Biarpun perempuan tu saya tak kenal.
"Fakelah. Lelaki bukan macam ni," antara komen netizen.
Nak minta putus, cakap sajalah elok-elok. Tak perlu rasanya nak caci maki, bukan? kecantikan dan kekacakan tidak menjamin kebahagiaan. Nanti dah tua, melayut juga kan.
Apapun, tidak dapat dipastikan kesahihan dan kebenaran kisah ini. Mungkin ianya hanya perbualan palsu dengan tujuan menghiburkan dan dalam masa sama menceritakan situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Post a Comment